Sultan Muhammad Al-Fatih Dan Pembukaan Istanbul 1453M



Pengenalan

Istanbul atau yang dulunya

dikenali sebagai Costantinople, adalah salah sebuah bandar nostalgia dunia.

Tidak setakat tercatat oleh tinta Sejarah Islam, bahkan statusnya sebagai salah

sebuah bandar utama dunia, pasti mengundang seisi alam manusia untuk meninjau

dan menghubungkan sejarah kegemilangan masing-masing dengannya Istanbul

diasaskan pada tahun 330M oleh Maharaja Byzantine iaitu Costantine I.



Kedudukannya yang strategik, diungkapkan oleh Napoleon Bonapart kalaulah dunia

ini sebuah negara, maka Costantinople inilah yang paling layak menjadi ibu

negaranya. Costantinople telah pun menjadi ibu negara Empayar Byzantine

semenjak penubuhannya. Ini menjadikan bandar berkenaan

sebagai salah sebuah bandar terbesar dan utama dunia.



Kedudukan Costantinople yang sedemikian rupa, meletakkan ia di kedudukan yang

istimewa apabila umat Islam memulakan agenda pertembungan mereka dengan Empayar

Byzantine. Rasulullah SAW telah pun beberapa kali memberikan khabar gembira

tentang pembukaan kota ini di tangan umat Islam seperti yang dinyatakan oleh

Baginda SAW di dalam peperangan Khandak. Sabda baginda SAW : ”Sesungguhnya

Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan

sebaik-baik tentera adalah tenteranya”.




Terdapat banyak

lagi hadith lain seperti ini dan ia menimbulkan keghairahan para khalifah dan

pemimpin Islam untuk berusaha menawan kota Costantinople berkenaan. Usaha

pertama dilancarkan pada tahun 44H iaitu di zaman Muawiyah bin Abi Sufian RA.

Akan tetapi, usaha berkenaan gagal dan Abu Ayyub Al-Ansari yang merupakan salah

seorang sahabat Nabi yang menyertainya, syahid di pinggir kota Costantinople

berkenaan. Manakala di zaman Sulaiman bin Abdul Malik pula, Khilafah Umayah

telah menyediakan pasukan terhandal untuk menawan kembali kota berkenaan pada

tahun 98H tetapi masih belum diizinkan oleh Allah SWT. (rujuk Al-Ibar oleh Ibnu

Khaldun 3 / 70 dan Tarikh Khalifah bin Khayyath ms. 315)




Di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah, beberapa usaha diteruskan tetapi

masih menemui kegagalan termasuk usaha di zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid tahun

190H.




Selepas kejatuhan Baghdad tahun 656H, usaha menawan Costantinople diteruskan

pula oleh kerajaan-kerajaan kecil di Asia Minor (Anatolia) terutamanya Kerajaan

Seljuk. Pemimpin masyhurnya, Alp Arslan (455-465H / 1063-1072M) telah berjaya

mengalahkan Maharaja Rum, Dimonos, pada tahun 463H / 1070M. Beliau telah

menangkap lalu memenjarakannya sebelum dibebaskan dengan persetujuan untuk

membayar jizyah tahunan kepada Kesultanan Seljuk. Peristiwa ini telah

meletakkan sebahagian besar Empayar Rom di bawah pengaruh Kerajaan Islam

Seljuk.




Bagaimana pun, selepas daripada merosot dan jatuhnya Kerajaan Seljuk berkenaan,

terbentuk pula beberapa kerajaan kecil di Anatolia. Antaranya ialah kerajaan

Seljuk Rum yang telah berjaya meluaskan kekuasaannya sehingga ke pantai Laut

Ege di barat, seterusnya melemahkan pengaruh dan kekuasaan Empayar Rom.




Costantinople Dan Daulah ‘Uthmaniyyah


http://khairaummah.com - khairaummah.com Powered by Mambo Generated: 25 December, 2007, 09:09


Di awal kurun ke-8 hijrah / 14M, Daulah Uthmaniyyah telah mengadakan

persepakatan bersama Seljuk Rum yang ketika itu berpusat di bandar Konya.

Persepakatan ini memberikan nafas baru kepada usaha umat Islam untuk menawan

Costantinople. Usaha awal yang dibuat ialah di zaman Sultan Yildrim Beyazid

yang mana beliau telah berjaya mengepung kota itu pada tahun 796H / 1393M.

Peluang yang ada telah digunakan oleh Sultan Beyazid untuk memaksa Maharaja

Byzantine menyerahkan Costantinople secara aman kepada umat Islam. Akan tetapi,

usahanya itu menemui kegagalan dengan kedatangan bantuan Eropah dan dalam masa

yang sama, tentera Mongol di bawah pimpinan Timurlank telah menyerang Daulah ‘Uthmaniyyah.

Serangan itu dikenali sebagai Perang Ankara dan ini telah memaksa Sultan

Beyazid untuk menarik balik tenteranya bagi mempertahankan negara dari serangan

Mongol. Dalam peperangan itu, beliau telah ditawan dan kemudiannya meninggal

dunia pada tahun 1402M. Kejadian itu telah menyebabkan idea untuk menawan

Costantinople terhenti untuk beberapa ketika.




Selepas Daulah ‘Uthmaniyyah mencapai ke peringkat yang lebih maju dan tersusun,

roh jihad telah hidup semua dengan nafas baru. Semangat dan kesungguhan yang

ada itu telah mendorong Sultan Murad II (824-863H / 1421-1451M) untuk

meneruskan usaha menawan Costantinople. Beberapa usaha telah berjaya dibuat

untuk mengepung kota itu tetapi dalam masa yang sama berlaku pengkhianatan di

pihak umat Islam. Mahajara Byzantine telah mengambil peluang ini untuk menabur

fitnah dan mengucar-kacirkan saf tentera Islam. Usaha Sultan Murad II itu tidak

berjaya sampai ke sasarannya sehinggalah di zaman anak beliau, Sultan Muhammad

Al-Fatih, sultan ke-7 Daulah ‘Uthmaniyyah.




Semenjak kecil, Sultan Muhammad Al-Fatih telah meneliti dan meninjau usaha

ayahnya menawan Costantinople. Bahkan beliau terus mengkaji tentang usaha-usaha

yang pernah dibuat sepanjang sejarah Islam ke arah itu, sehingga menimbulkan

keazaman yang kuat untuk beliau meneruskan cita-cita umat Islam zaman berzaman

itu. Ketika menaiki takhta pada tahun 855H / 1451M, beliau telah mula berfikir

dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan..




Kekuatan Sultan Muhammad Al-Fatih banyak terletak pada ketinggian peribadinya.

Semenjak kecil, beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulamak

terulung di zamannya. Di zaman ayahnya, iaitu Sultan Murad II, Asy-Syeikh

Muhammad bin Ismail Al-Kurani telah menjadi murabbi Amir Muhammad (Al-Fatih).

Ketika itu, Amir Muhammad adalah ketua bagi kawasan Manisa. Sultan Murad II

telah menghantar beberapa orang ulamak untuk mengajar anaknya sebelum itu,

tetapi tidak diendahkan oleh Amir Muhammad. Lalu, beliau menghantar Asy-Syeikh

Al-Kurani dan memberikan kuasa kepadanya untuk memukul Amir Muhammad jika

beliau membantah tunjuk ajar gurunya. Apabila beliau menemui Amir Muhammad dan

menjelaskan tentang hak yang diberikan oleh baginda Sultan, Amir Muhammad

ketawa lalu dipukul oleh Asy-Syeikh Al-Kurani dengan begitu kuat sekali.

Peristiwa ini telah menimbulkan kesan yang mendalam pada diri Amir Muhammad

lantas selepas itu beliau terus menghafal Al-Quran dalam masa yang singkat




Tarbiah yang diberikan oleh para ulamak murabbi itu memberikan pengaruh yang

besar, bukan hanya kepada peribadi Sultan, bahkan kepada corak pemerintahan dan

adat resam Daulah ‘Uthmaniyyah itu sendiri. Sekiranya Sultan melakukan

kesilapan, murabbinya itu akan menegur. Sultan juga dipanggilnya dengan nama

dan apabila bersalam, Sultan yang akan mencium tangan ulamak yang menjadi

murabbinya itu.Dengan tarbiah yang teliti dan penuh terhormat seperti ini,

tidak hairanlah jika peribadi-peribadi yang unggul seperti Muhammad Al-Fatih

lahir menempa nama di persada sejarah..


Asy-Syeikh Ak Semsettin
http://khairaummah.com - khairaummah.com Powered by Mambo Generated: 25 December, 2007, 09:09




Dalam masa yang sama Asy-Syeikh Ak Samsettin (Syamsuddin) merupakan murabbi

Sultan Muhammad Al-Fatih yang hakiki. Namanya yang sebenar ialah Muhammad bin

Hamzah Ad-Dimasyqi Ar-Rumi yang mana nasabnya sampai kepada Saidina Abu Bakar

As-Siddiq RA. Beliau mengajar Amir Muhammad ilmu-ilmu asas iaitu Al-Qur\'an,

Al-Hadith, Feqah, Linguistik (Arab, Parsi dan Turki) dan juga ilmu kemahiran

yang lain seperti Matematik, Falak, Sejarah, Ilmu Peperangan dan sebagainya.






Semenjak kecil, Syeikh Ak Semsettin berjaya meyakinkan Amir Muhammad bahawa

beliau adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadith

pembukaan Costantinople berkenaan. Apabila beliau menaiki takhta, Sultan

Muhammad segera menemui Syeikh Ak Semsettin bagi menyiapkan bala tentera ke

arah penawanan Costantinople, demi merealisasikan hadith Rasulullah SAW

berkenaan. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari.




Sultan Muhammad Al-Fatih sangat menyayangi Syeikh Ak Semsettin. Beliau

mempunyai kedudukan yang istimewa pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih dan ini

sangat jelas dinyatakan oleh beliau ketika pembukaan Istanbul,

"...sesungguhnya kamu semua melihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini

bukanlah semata-mata kerana kejayaan kita menawan kota ini, akan tetapi ia

adalah kerana hadirnya di sisiku syeikhku yang mulia, dialah pendidikku,

Asy-Syeikh Ak Semsettin."




Persediaan Ke Arah Penawanan.




Sultan Muhammad Al-Fatih telah membuat persediaan yang besar ke arah mencapai

matlamatnya menawan Costantinople. Beliau telah menyediakan mujahid seramai

kira-kira 250,000 dan ini merupakan angka yang begitu besar jika dibandingkan

dengan tentera negara lain di zaman itu. Para mujahid berkenaan diberikan

latihan intensif dan sentiasa diperingatkan dengan pujian Rasulullah SAW kepada

tentera yang akan menawan Costantinople itu nanti




Beliau telah membina Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di tebing Eropah Selat

Bosphorus iaitu di bahagian tersempit antara tebing Asia dan Eropah. Kota yang

berhadapan dengan kota binaan Sultan Beyazid di sebelah tebing Asia ini,

mempunyai peranan yang besar dalam usaha mengawal lalu lintas di selat tersebut.

Maharaja Byzantine telah berusaha gigih untuk menghalang Sultan Muhammad

Al-Fatih daripada membina kota berkenaan tetapi gagal menghalangnya.




Sultan Muhammad Al-Fatih juga berusaha untuk mempertingkatkan kelengkapan

senjatanya. Beliau telah menapatkan khidmat pakar membina meriam bernama Orban.

Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyhur. Catatan

menceritakan betapa meriam ini adalah yang terbesar di zaman berkenaan.

Beratnya beratus tan dan memerlukan beratus tenaga tentera untuk mengangkutnya.

Beliau juga menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama.




Sebelum serangan dibuat, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan perjanjian

http://khairaummah.com - khairaummah.com Powered by Mambo Generated: 25 December, 2007, 09:09
dengan musuh-musuh yang lain. Ini merupakan strategi yang penting supaya

seluruh tenaga dapat ditumpukan kepada musuh yang satu tanpa ada sebarang

ancaman yang berada di luar jangkaan. Antaranya ialah perjanjian yang dibuat

dengan kerajaan Galata yang berjiran dengan Byzantine. Perkembangan ini sangat

membimbangkan Maharaja Byzantine lantas pelbagai cubaan dibuat untuk menawan

hati Sultan Muhammad Al-Fatih supaya membatalkan hasratnya. Hadiah dan rasuh

cuba dibuat untuk tujuan berkenaan. Akan tetapi semuanya menemui kegagalan.




Keazaman yang begitu kuat pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih telah mendorong

Maharaja Byzantine berusaha mendapatkan pertolongan daripada negara-negara

Eropah. Tanpa segan silu, beliau memohon pertolongan dari kepimpinan gereja

Katholik, sedangkan ketika itu semua gereja di Costantinople bermazhab

Orthodoks. Atas dasar bermuka-muka demi mengekalkan kuasanya, Maharaja

Byzantine telah mengaku bersetuju untuk menukar mazhab di Costantinople demi

menyatukan kedua-dua aliran yang saling bermusuh itu. Wakil telah dihantar dari

Eropah ke Costantinople untuk tujuan berkenaan. Beliau telah berkhutbah di

Gereja Aya Sofya menyatakan ketundukan Byzantine kepada Katholik. Akan tetapi

hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk Costantinople yang bermazhab

Orthodoks. Sehinggakan ada di antara pemimpin Orthodoks berkata, \"sesungguhnya

aku lebih rela melihat di bumi Byzantine ini serban para orang Turki (muslim)

daripada aku melihat topi Latin!\"Situasi ini telah mencetuskan

pemberotakan rakyat terhadap keputusan maharaja yang dianggap khianat.




Serangan.




Costantinople mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dari aspek geografi. Ia

dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosphore, Laut Marmara

Dan Perairan Tanjung Emas (Golden Horn) yang dihalang pintu masuknya oleh

rantai besi raksasa. Ia berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu

utama Kota Costantinople.




Selepas melalui proses persiapan yang teliti, akhirnya Sultan Muhammad Al-Fatih

telah tiba di hadapan kota Costantinople pada hari Khamis 26 Rabiul Awal 857H

bersamaan 6 April 1453M. Di hadapan tentera yang menjangkau jumpa 250 ribu,

Al-Fatih telah menyampaikan khutbah mengingatkan para mujahid tentang kelebihan

jihad, kepentingan memuliakan niat dan harapan kemenangan di hadapan Allah SWT

dsb. Beliau juga membacakan ayat-ayat Al-Quran mengenainya serta hadith Nabi

SAW tentang pembukaan kota Costantinople. Ini semua memberikan kesan semangat

yang tinggi dan jitu pada bala tentera itu lantas mereka menyambutnya dengan

zikir, pujian dan doa kepada Allah SWT. Kehadiran para ulamak di tengah-tengah

saf para mujahid itu juga menebalkan lagi keazaman mereka untuk menunaikan

kewajipan jihad tersebut.




Keesokan harinya, Sultan Muhammad Al-Fatih telah menyusun dan membahagikan

tenteranya kepada tiga kumpulan. Pertamanya adalah kumpulan utama yang bertugas

mengawal kota yang mengelilingi Costantinople. Di belakang kumpulan utama itu

adalah tentera simpanan yang bertugas menyokong tentera utama di hadapan.

Meriam Diraja telah dihalakan ke pintu Topkapi. Pasukan pengawal juga

diletakkan di beberapa kawasan strategik seperti kawasan-kawasan bukit di

sekitar Kota Byzantine itu. Kapal-kapal laut ‘Uthmaniyyah juga diletakkan di

sekitar perairan yang mengelilingi Costantinople. Akan tetapi kapal-kapal

berkenaan tidak berjaya memasuki perairan Tanjung Emas disebabkan oleh

kehadiran rantai raksasa yang mengawal pintu masuk.


http://khairaummah.com - khairaummah.com Powered by Mambo Generated: 25 December, 2007, 09:09


Semenjak hari pertama serangan, tentera Byzantine telah berusaha keras

menghalang tentera ‘Uthmaniyyah daripada merapati pintu-pintu masuk kota

mereka. Tetapi serangan strategik tentera Islam telah berjaya mematahkan

halangan itu, ditambah pula dengan serangan meriam dari pelbagai sudut. Bunyi

meriam itu telah menimbulkan rasa takut yang amat sangat kepada penduduk

Costantinople sehingga menjejaskan semangat mereka untuk bertahan.




Tentera Laut ‘Uthmaniyyah telah mencuba beberapa kali untuk melepasi rantai

besi di pintu masuk Tanjung Emas. Dalam masa yang sama, panahan diarahkan

kepada kapal-kapal Byzantine danEropah yang tiba untuk membantu. Walau

bagaimana pun usaha ini tidak berjaya, dan ini memberikan semacam semangat di

awalnya kepada penduduk Costantinople. Para paderi berjalan di lorong-lorong

kota, mengingatkan penduduk supaya membanyakkan sabar serta terus berdoa kepada

Jesus dan Maryam supaya menyelamatkan Costantinople. Maharaja Byzantine juga

berulang-alik ke Gereja Aya Sofya untuk tujuan yang sama.




Perjanjian Al-Fatih Dengan Maharaja Costantine.




Maharaja Costantine mencuba sedaya upayanya untuk menundukkan Al-Fatih.

Pelbagai hadiah dan tawaran dikemukakan demi untuk menyelamatkan kedudukannya

itu. Akan tetapi Al-Fatih tidak menerima kesemua tawaran itu sebaliknya memberi

kata putus supaya Costantinople diserahkan kepada Daulah ‘Uthmaniyyah secara

aman. Al-Fatih berjanji, jika Costantinople diserahkan secara aman, tiada

seorang pun yang akan diapa-apakan bahkan tiada gereja dan harta benda penduduk

Costantinople yang akan dimusnahkan. Antara isi kandungan risalahnya itu,

"... serahkan empayar kamu, kota Costantinople. Aku bersumpah bahawa

tenteraku tidak akan mengancam sesiapa sama ada nyawa, harta dan kehormatannya.

Mereka yang mahu terus tinggal dan hidup dengan amat sejahtera di

Costantinople, bebas berbuat demikian. Dan sesiapa yang mahu meninggalkan kota

ini dengan aman sejahtera juga dipersilakan".




Walaupun begitu, kepungan tentera Al-Fatih masih belum sempurna disebabkan oleh

rantai besi yang melindungi pintu masuk Tanjung Emas itu. Dalam pada itu, para

mujahid tetap terus melancarkan serangan demi serangan dan pada 18 April 1453M,

pasukan penyerang ‘Uthmaniyyah telah berjaya memecah tembok Byzantine di Lembah

Lycos yang terletak di sebelah barat kota. Tentera Byzantine telah berusaha

sedaya upayanya untuk mempertahankan kota dari serangan itu. Pertempuran sengit

berlaku bersama iringan hujan anak panah yang amat dahsyat.




Pada hari yang sama, beberapa buah kapal laut ‘Uthmaniyyah telah cuba merempuh

rantai besi di Tanjung Emas. Akan tetapi, gabungan tentera laut Byzantine dan

Eropah telah berjaya menangkis serangan itu bahkan beberapa buah kapal laut ‘Uthmaniyyah

telah musnah menyebabkan yang lain terpaksa pulang ke kawasan masing-masing

untuk mengelakkan kemusnahan yang berterusan.




Dua hari selepas serangan itu, berlaku sekali lagi serangan laut antara kedua

belah pihak. Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri mengawasi misi berkenaan dari

pantai. Beliau telah menghantar utusan kepada tentera laut yang sedang

berperang. Katanya, ".. sama ada kamu tawan kapal-kapal itu atau pun kamu

tenggelamkan sahaja kesemuanya. Sekiranya kamu gagal, maka jangan pulang kepada

kami sedangkan kamu semua hidup!".


http://khairaummah.com - khairaummah.com Powered by Mambo Generated: 25 December, 2007, 09:09


Ketika itu juga, Sultan Muhammad Al-Fatih menunggang kudanya sehingga ke gigi

laut sambil menjerit dengan sekuat hati nama ketua misi berkenaan, Palta Oglu,

untuk memberikan semangat. Kesungguhan Al-Fatih itu, menaikkan semangat

tenteranya. Namun, tentera kristian berjaya juga mematahkan serangan mujahidin

walaupun mereka bersungguh- sungguh melancarkan serangan demi serangan.

Kegagalan tersebut menyebabkan Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi begitu marah

lalu memecat Palta Oglu dan digantikan dengan Hamzah Pasha.


Kegagalan serangan tersebut telah memberikan kesan yang besar kepada tentera ‘Uthmaniyyah.

Khalil Pasha yang merupakan wazir ketika itu cuba untuk memujuk Al-Fatih supaya

membatalkan serangan serta menerima sahaja perjanjian penduduk Costantinople

untuk tunduk kepada Daulah ‘Uthmaniyyah tanpa menakluknya. Cadangan itu ditolak

mentah-mentah oleh Al-Fatih. Kini tiba masanya beliau berfikir tentang helah

untuk tentera laut ‘Uthmaniyyah berjaya membolos Tanjung Emas...




Keajaiban Tentera ‘Uthmaniyyah.




Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa

kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas. Kaedah yang tidak pernah terfikir oleh

mana-mana tentera sebelumnya untuk melakukannya. Beliau telah memanggil

tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk

ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat! Malam itu juga, tentera ‘Uthmaniyyah

dengan semangat dan kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari

pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak

melebihi 3 batu! Sesungguhnya kejadian ini sangat luar biasa dan di luar

bayangan manusia hingga ke hari ini.




Pagi 22 April itu, penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan

nasyid para mujahidin di Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan

bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang

menyangka bahawa tentera Al-Fatih mendapat bantuan jin dan syaitan! Yilmaz

Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli

sejarah Byzantine berkata, "Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar

hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan,

melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya

Muhammad Al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The

Great!"




Costantine telah bermesyuarat dengan para pemimpin kerajaan Byzantine tentang

strategi seterusnya, tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat. Costantine

menolak cadangan supaya beliau sendiri pergi mendapatkan pertolongan daripada

umat kristian di Eropah bahkan tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan

Costantinople hingga ke titisan darah yang terakhir.




Serangan Besar-besaran Mujahidin.




Dengan kedudukan tentera ‘Uthmaniyyah yang sudah semakin mantap, Sultan

Muhammad Al-Fatih telah melancarkan serangan besar-besaran ke benteng terakhir

Byzantine. Tembakan meriam yang telah memusnahkan sebuah kapal dagang di

Tanjung Emas, menyebabkan tentera Eropah yang lain lari ketakutan. Mereka telah

meninggalkan pertempuran melalui kota Galata. Semenjak kejayaan kapal mujahiden

http://khairaummah.com - khairaummah.com Powered by Mambo Generated: 25 December, 2007, 09:09
memasuki perairan Tanjung Emas, serangan dilancarkan siang dan malam tanpa

henti.




Laungan takbir "Allahu Akbar, Allahu Akbar!" yang mengisi ruang

angkasa Costantinople telah memberikan semacam serangan psikologi kepada

penduduk kota berkenaan. Seakan mendengar panahan petir, semangat mereka terus

luntur dengan ancaman demi ancaman kalimah tauhid tentera Al-Fatih itu. Dalam

masa yang sama, Al-Fatih dan tenteranya sentiasa mengejutkan mereka dengan seni

perang yang baru sehingga menggawatkan pertahanan tentera salib itu.




Ketika ribut yang ada belum reda, penduduk Costantinople menyedari bahawa

tentera Islam telah mengorek terowong untuk masuk ke pusat kota. Ketakutan

melanda penduduk sehingga mereka curiga dengan bunyi tapak kaki sendiri.

Merasakan yang bila-bila masa sahaja tentera 'Turki' akan keluar dari perut

bumi berikutan dengan pembinaan terowong itu.




Usaha Damai Terakhir.




Sultan Muhammad Al-Fatih yakin bahawa kemenangan semakin hampir. Kecintaannya

kepada Costantinople yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, mendorong beliau

untuk terus berusaha agar Costantine menyerah kalah tanpa terus membiarkan kota

itu musnah. Sekali lagi beliau menghantar utusan meminta Costantine supaya

menyerahkan Costantinople secara aman. Apabila utusan berkenaan sampai

kepadanya, Costantine telah berbincang dengan para menterinya. Ada yang

mencadangkan supaya mereka menyerah kalah dan ada pula yang mahukan pertahanan

diteruskan hingga ke penamat. Costantine akhirnya bersetuju dengan pandangan

kedua lantas menghantar maklum balas dengan katanya,"... syukur kepada

Tuhan kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia menerima pembayaran jizyah.

Akan tetapi Costantine bersumpah untuk terus bertahan hingga ke akhir hayatnya

demi takhta... atau mati sahaja dan dikuburkan di kota ini!". Apabila

jawapan Costantine ini diterima, Al-Fatih menjawab, "Baiklah... tidak lama

lagi akan terhasil bagiku di Costantinople itu sama ada takhta atau keranda...!".





Perbincangan dilakukan oleh Al-Fatih tentang strategi seterusnya. Pelbagai

kemungkinan dipertimbangkan dan akhirnya keputusan dibuat untuk meneruskan

rancangan menawan Costantinople sebagaimana yang telah disusun.




Hari Kemenangan.




Pada 27 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama tenteranya telah berusaha

keras membersihkan diri di hadapan Allah SWT. Mereka membanyakkan solat, doa

dan zikir dengan harapan Allah SWT akan memudahkan kemenangan. Para ulamak pula

memeriksa barisan tentera sambil memberi semangat kepada para mujahidin. Mereka

diperingatkan tentang kelebihan jihad dan syahid serta kemuliaan para syuhada'

terdahulu khususnya Abu Ayyub Al-Ansari RA. "...sesungguhnya apabila

Rasulullah SAW tiba di Madinah ketika kemenangan hijrah, baginda SAW telah pergi

ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Sesungguhnya Abu Ayyub telah pun datang (ke

Costantinople) dan berada di sini!" Kata-kata ini telah membakar semangat

tentera Al-Fatih hingga ke kemuncaknya.


http://khairaummah.com - khairaummah.com Powered by Mambo Generated: 25 December, 2007, 09:09


Dalam masa yang sama, penduduk Costantine melakukan upacara peribadatan secara

bersungguh-sungguh dengan harapan Tuhan akan membantu mereka...




Tepat jam 1 pagi hari Selasa 20 Jamadil Awal 857H / 29 Mei 1453M, serangan

utama dilancarkan. Para mujahidin diperintahkan supaya meninggikan suara takbir

kalimah tauhid sambil menyerang kota. Penduduk Costantinople telah berada di

kemuncak ketakutan mereka pagi itu. Mujahidin yang sememangnya menginginkan

syahid, begitu berani menyerbu tentera salib di kota itu.




Tentera ‘Uthmaniyyah akhirnya berjaya menembusi kota Costantinople melalui

Pintu Edirne dan mereka telah mengibarkan bendera Daulah ‘Uthmaniyyah di puncak

kota. Costantine yang melihat kejadian itu berasa putus asa untuk bertahan

lantas menanggalkan pakaian maharajanya supaya tidak dikenali musuh. Akhirnya

beliau menemui ajal dalam keadaan yang amat mengaibkan.




Berita kematian Costantine telah menaikkan lagi semangat tentera Islam untuk

menyerang. Begitu juga sebaliknya, bagaikan pokok tercabut akar, tentera salib

menjadi kucar kacir apabila berita kematian maharajanya tersebar. Kesungguhan

dan semangat juang yang tinggi di kalangan tentera Al-Fatih, akhirnya berjaya

sampai ke cita-cita mereka. Kejayaan menguasai Costantinople telah disambut

dengan penuh rasa syukur oleh Al-Fatih serta... seisi langit dan bumi. Beliau

bertitah, ".. Alhamdulillah, semoga Allah merahmati para syuhada',

memberikan kemuliaan kepada mujahidin, serta kebanggaan dan syukur buat

rakyatku"






Sebaik-baik Ketua Dan Tentera.




Pada hari itu, majoriti penduduk Costantinople bersembunyi di gereja-gereja

sekitar kota. Sultan Muhammad Al-Fatih berpesan kepada tenteranya supaya

bermuamalah dengan baik kepada penduduk Costantinople sambil mengucapkan

tahniah kepada tenteranya yang berjaya merealisasikan sabda Rasulullah SAW:




Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah

ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.




Dengan penuh rasa syukur dan tawadhu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah sujud ke

bumi mengucapkan sebesar-besar syukur ke hadrat Allah atas kemenangan bersejarah

itu.




Beliau kemudiannya menuju ke Gereja Aya Sofya yang ketika itu menjadi tempat

perlindungan sejumlah besar penduduk kota berkenaan. Ketakutan jelas terbayang

di wajah masing-masing bilamana beliau menghampiri pintu. Salah seorang paderi

telah membuka pintu gereja, dan Al-Fatih meminta beliau supaya menenangkan

sekalian mereka yang ada. Dengan toleransi Al-Fatih, ramai yang keluar dari

tempat persembunyian masing-masing bahkan ada di kalangan paderi yang terus

http://khairaummah.com - khairaummah.com Powered by Mambo Generated: 25 December, 2007, 09:09
menyatakan keislaman mereka.




Selepas itu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengarahkan supaya gereja berkenaan

ditukar menjadi masjid supaya Jumaat pertama nanti akan dikerjakan solat di

masjid ini. Para pekerja bertugas bertungkus lumus menanggalkan salib, patung

dan gambar-gambar untuk tujuan berkenaan. Pada hari Jumaat itu, Sultan Muhammad

Al-Fatih bersama para muslimin telah mendirikan solat Jumaat di Masjid Aya

Sofya. Khutbah yang pertama di Aya Sofya itu telah disampaikan oleh Asy-Syeikh

Ak Semsettin. Pada hari itu juga Sultan Muhammad Al-Fatih telah bersumpah

bahawa barangsiapa yang menukar Masjid Aya Sofya kembali kepada gereja, maka

akan berolehlah kutukan dan laknat darinya dan Tuhan Masjid Aya Sofya itu.




Nama Costantinople kemudiannya ditukar kepada "Islam Bol", yang

bermaksud "Bandar Islam" dan kemudiannya dijadikan sebagai ibu negara

ketiga Khilafah ‘Uthmaniyyah selepas Bursa dan Edirne . Kekallah bumi yang

mulia itu sebagai pusat pemerintahan, ketamadunan, keilmuan dan keagungan Islam

berkurun lamanya.. sehinggalah Khilafah ‘Uthmaniyyah ditamatkan sejarahnya oleh

Mustafa Kemal Ataturk secara rasminya pada tahun 1924M.




Aya Sofya kembali dikristiankan oleh Ataturk atas nama muzium. Gambar- gambar

syirik kembali bertempelan di kubah masjid yang berdukacita itu. Manifesto

Parti Refah pada pilihanraya yang lalu untuk mengembalikan Masjid Aya Sofya ke

kegemilangan sejarahnya, berkubur buat sementara dengan pengharaman parti itu

beberapa tahun yang lalu. Sesungguhnya seluruh umat Islam merindukan suara azan

membesarkan Allah kembali berkumandang di menara Aya Sofya. Semoga Istanbul

kembali ke pangkuan Islam dan muslimin. Amien ya Rabbal 'Alamin.


ISLAM TIDAK AKAN BANGKIT SELAGI UMAT TIDAK MENGUBAH PEMIKIRAN MEREKA

No comments:

Post a Comment